Skip to main content

Menu : Aglio Olio

Assalammualaikum w.b.t

Ola! Selamat berjumpa di entri pertama saya dalam blog makanan tekak jawa saya ni. Harap dapat memberi manfaat la ye.

Okey. Tengok tajuk pun tau dah la apa menu yang nak dikongsikan. Tapi sebelum tu, meh saya share sikit info pasal spaghetti ni ... Alkisahnya .... 

Nama penuh : Spaghetti aglio e olio 
Maksudnya : spaghetti with garlic and oil
Asal usul : Pasta tradisional Itali yang berasal dari Naples.
Cara penyediaan asal : Disediakan dengan menumis bawang putih yang dikisar atau diketuk di dalam menggunakan minyak zaitun. Kadangkala ditambah dengan chili flake dan daun parsley yang dihiris halus ditabur sebagai hiasan. Keju parmesan yang diparut boleh ditambah tapi mengikut resepi asal, tak perlu ditambah keju.
Info tambahan : Kebanyakan orang 'NewYork Italian-Americans' merujuk masakan ini sebagai "alla-ul" kerana pengaruh sebutan orang yang berbangsa Itali Selatan di kawasan itu.
Okey. Cukup setakat itu. Sekarang kita citer pula Aglio olio versi anak jawa ni.

Menu : Aglio Olio cara aku

Bahan² :

Angel hair+fettucini (sebab angel hair tinggal sikit)
2 ulas bawang putih
4 batang sosej
½ biji lada benggala kuning
½ biji lada benggala merah
5 ketul tomato ceri (nak lagi banyak pun boleh)
4 sudu besar minyak zaitun (tambah atau kurangkan ikut suka korang la ye)
Secukup rasa kiub pati ayam
Secukup rasa garam
Secukup rasa herba campuran
Secukup rasa chili flakes

Cara tak cara :

Rebuskan segala jenis spaghetti tu sampai el dante (tak lembut sangat). Ini sebenarnya ikut korang la. Nak rebus sampai kembang pun boleh sebab korang yang nak makan.

Lepas tu dalam kuali, panaskan minyak zaitum dan masukkan sosej yang dah dipotong ikut suka korang dalam bentuk apapun. Then, masukkan bawang putih (saya tak masukkan awal takut hangit). Tumis sekejap pastu baru masukkan segala jenis spaghetti yang dah masak tadi bersama sedikit air rebusannya.

Setelah digaul rata semuanya, masukkanla segala bahan perasa dan last sekali masukkan hirisan lada benggala dan tomato ceri yang dah dibelah ikut suka korang tu. Gaul semua bagi sebati rasanya dan hidangkan. Siap! Senangkan?

Ni hasil dari masakan saya :


 
Burrrrppppppp .... Alhamdulillah ^_^
 

See you in my next entry! Thanks for reading!!

Wassalam

-ADIALUZE-

Comments

Popular posts from this blog

Menu : Ayam Panggang Ala Jawa

Assalammualaikum w.b.t  Ola! Berjumpa lagi kita di sini. Okay, hari ni saya nak kongsikan resepi Ayam Panggang ala Jawa tak Jawa dari saya. Nama : Ayam Panggang Ala Jawa Bahan² : 1 ekor ayam di potong 4 (kalau taknak potong pun boleh, terpulang) 2 inci halia* 4 biji bawang putih* 1 biji bawang besar bersaiz sederhana* Madu sukatan sesedap rasa (takda, so ganti dengan gula) Garam secukup rasa 1 kiub pati ayam* Lada hitam sukatan sesedap rasa* 2 sudu besar minyak zaitun Sos tiram sukatan sesedap rasa 1 batang serai yang gebu* Mayonis sesedap rasa Cara tak cara : Bahan yang bertanda (*) semua kisarkan. Setelah itu, satukan semua bahan di dalam bekas dan lumurkan ke atas, ke dalam dan keliling ayam sampai sebati dan perapkan di dalam peti ais selama satu malam. Pre-heatkan oven selama 15minit dengan suhu 20 darjah celcius. Lepas tu baru masakkan ayam tu selama 1 jam 20 minit atau sampai ayam masak. Selepas 10 minit keluarkan dan sapukan dengan sos perapan yang...