Assalammualaikum w.b.t Ola! Berjumpa lagi kita di sini. Okay, hari ni saya nak kongsikan resepi Ayam Panggang ala Jawa tak Jawa dari saya. Nama : Ayam Panggang Ala Jawa Bahan² : 1 ekor ayam di potong 4 (kalau taknak potong pun boleh, terpulang) 2 inci halia* 4 biji bawang putih* 1 biji bawang besar bersaiz sederhana* Madu sukatan sesedap rasa (takda, so ganti dengan gula) Garam secukup rasa 1 kiub pati ayam* Lada hitam sukatan sesedap rasa* 2 sudu besar minyak zaitun Sos tiram sukatan sesedap rasa 1 batang serai yang gebu* Mayonis sesedap rasa Cara tak cara : Bahan yang bertanda (*) semua kisarkan. Setelah itu, satukan semua bahan di dalam bekas dan lumurkan ke atas, ke dalam dan keliling ayam sampai sebati dan perapkan di dalam peti ais selama satu malam. Pre-heatkan oven selama 15minit dengan suhu 20 darjah celcius. Lepas tu baru masakkan ayam tu selama 1 jam 20 minit atau sampai ayam masak. Selepas 10 minit keluarkan dan sapukan dengan sos perapan yang...